BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 2, 2010

halwa tElinGa

haTi

assalammualaikum


'dalam diri manusia ade satu daging...dan jika baik daging itu make baiklah manusia itu dan jika buruk daging itu maka buruklah manusia itu...erm daging yang dimaksudkan adelah HATI.....
(ini sebahagian daripada hadis Rasulullah)

hati ini juge mempunyai banyak fungsi dan dalam sains yang kite belajar hati ini berfungsi untuk menukar darah dan pelbagai lagi fungsi hati yang dapat kite temui

tetapi itu adalah yang tersurat dan yang tersirat nye adalah seperti hadis di atas dimane nak diikutkan hati ini menjadi ketua kepada segala organ dalam badan kite.hadis di atas bukan saye reka2 tetapi itu memang benar daripada Rasulullah.

'dan apebile kamu mencarut atau pun mengeluarkan perkataan2 kesat akan ade satu titik hitam dalam hati kamu' ini pun ade lah hadis Rasulullah juge ....

erm macam mane titik hitam tu ade?macam yanag saye cakap tadi,,inilah yang tersirat dimana tibe2kite mencarut atau mengeluarkan perkataan kesat ade satu titik hitam cube belah dada kite dan cek lah ade tak titik hitam itu?hmm fikir2 kan lah dan ingat lah ini semua kerja Allah dan ingat lah pemikiran kite ade had nye tetapi Allah tiada had nye oleh itu istighfar lah banyak2 supaye hati kite menjadi tenang dan dapat menghilangkan titik2 hitam yang melekat di hati kite....

Wednesday, November 24, 2010

ni saye ambik dr iluvislam web saje untuk berkongsi

Bagaimana Bercouple Cara Islam?

alt

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

- Artikel iluvislam.com

Sumber gambar: testi.iluvislam.com

Tuesday, November 23, 2010

KEindaHan beRsAhabat

SALAM


Sahabat maksud nye Same sAhaja dengan kawan tapi nak diikutkan taraf sahabat ini tinggi sedikit daripada kawan dan sebab ini lah nabi kite iaitu Rasulullah memanggil kawan nye SAHABat..kenapa Rasulullah memanggil begitu?cube tuan2 panggil kawan tuan2 dengan gelaran sahabat ape yang die rase?saye sudah mempunyai satu pengalaman dimana seorang kawan saya ini selalu memanggil saye dengan gelaran sahabat dan saye mendapat rase kan satu ' feel ' yang lain macam, dan sampai sekarang hubungan kami makin lame makin rapat...x percaya cubelah memanggil kawan dengan gelaran sahabat,.,.,.,


DAlam konteks sahabat ini terbahagi kepada 1+1-1+1=?

1 sahabat yang baik,mulia,selalu mengajak kite ke arah kebaikan

sahabat ini lah yang perlu kite cari dan perlu kite perhatikan,...untuk mendapat sahabat seperti ini kite perlu duduk dengan die selama tiga hari unutk memerhatikan sikap nye,tingkah lankunye dan amalannye..dalam mase ini insya Allah kite akan dapat memilh sahabat yang bergune untuk diri sendiri................

2 sahabat yang jahat,mengajak kearah keburukan

sahabat seperti ini perlu dijauhkan supaye diri kite tidak terikut ikut dengan sikap jahat nye itu tetapi lebih baik,bagus dan mumtaz jike kite menolong die untuk berhijrah iaitu daripada jahat kepada baik insya Allah pahala nye di sisi Allah cukup besar...

oleh itu selalulah berselawat,beristighfar dan berdoa kepada Allah dan Rasulnye-



Wednesday, December 23, 2009

jom dgr satttt

Assalammualaikum

sehat kawan2

tjk kat atas tue pasal masa skrg nie ttg umat islamdinegara kite nie lebih suka mendengar org nyanyi di konsert drpd dengar org berceramah sbb ape rkn2 sbb salahkite sendiri yg tidak mau mengajak mereka kearah kebaikan ok la saya bagi satu cnth jika rakn2 selalu tgk tv3 mesti ade iklan ttg kmpln bnkface yg nyanyi lagu smbl suruh org nyanyilagu dia mase dia tgh jalan fuh saya tgk punye ko main hafal lagu tue ini lagi satu kawn2 cube kalo saya cube suruh sorg2 bace doa qunut tergagap kang kata x de mase nk hafal lagi satu mase konsert dia tue ramai renaja2 islam yg saya tgk terlompat2 lompat bagai nak rak kan bagus dia angkat tangan sambil laungkan takbir ALLAH AKBAR kan sedap dgr tue gentar sikit org kafir ha itu lah kekuatan uamt islam ...........ok lah kwn2 saya harap adelah perubahan atas diri kita sendiri insya allah.

Saturday, December 12, 2009

WOW SEDAPNYE LAGU NIE????????????

Assalammualaikum ...

apa kaba kawan?

sekarang ana selalu dengar lagu yang bermacam mamcam jenis liriknye nadanye rentaknye,,
tetapi ana nak sentuh tentang lagu zaman sekarang yang boleh melalaikan diri kita daripada Allah.Rakan2 ana pelik kenapa remaja2 kini suka na dengar lagu yang rentaknye ala2 rock,rentaknye hebat berlumpat apabila nyanyi lagu2 nie seperti ana pun x nak lah cakap contohnye sebab ana percaya antum2 semua tau apa lagu2 yang ana maksudkan ini.ok lah rakan2 ana x larang kita nak nyanyi lagu ke apa cuma ana galakkan kita nyanyi lagu yang menyampaikan massage kepada kita yang menyampaikan kesedaran kepada kita seperti lagu2 nasyid.ana nak kongsi la satu cerita yang ustaz ana ceritakan kepada ana.dia kata satu hari tu dia dengar ada satu lagu inggeris nie yang liriknye mengatakan perempuan itu tuhan begini liriknye 'girls is god' sampai begitu rakan2.ni yang ana takut dan kita semua patut takut kerana kadang2 atau selalunye lagu2 sebegini rentaknye rancak sedap sampai jadi satu masa kita semua terikut nyanyi lagu tu sampai mengendahkan maksud lirik tersebut.ha rakan2 mesti ingat kadang2 ada org atau rakan kita sendiri menyanyikan lagu inggeris nie hafal tapi x mengetahui maksud lirik tersebut .ni yg bahaya kawan2.........


nie sebenarnye ana x de feeling nak menulis nulis nie sebab kalau boleh biar ana cakap pada kawan2 secara berhadapan untuk menerangkan dengan lebih jelas dan itu juga adlah salah satu sunnah Rasulullah yang bagus yang baik.

ok insya allah ambilah iktibar kesedaran yang mendatangkan kebaikan kepada kita

salam persahabatan .........

Tuesday, December 8, 2009

DAKWAH DAKWAH DAKWAH...

Assalammualaikum cara yang paling berkesan untuk menyeru umat kepada ajaran islam adalah BERDAKWAH dengan cara Rasulullah yang paling berkesan ..


Rakan2 mengikut kata2 IMAM GHAZALI pada zaman sekarang cara untuk menyeru manusia kepada ajaran islam adalah mengikut cara org pada zaman jahiliah pada masa dahulu pada masa Rasulullah dengan cara berdakwah............tidak ada cara lain dah rakan2 dengan cara berdakwah untuk menyedar kan umat manusia umat islam dan rakan2 kita sendiri.........

itulah rakan2 saya ingin megajak rakan2 suapaya kita jalan kan usaha agama ini supaya dekat akhirat nanti kita dapat hidup dengan sejahtera insya allah..

ReNUng-reNUngKaNLaH...

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"